Sila Klik Di Sini

AKTIVITI MESTICA

Berikut adalah jadual terkini show dan aktiviti Mestica buat masa ini. Jangan lupa untuk bertemu kami di venue-venue berikut:

  • 11 Feb Mawlid@Shah Alam bersama Hijjaz, Muaz, Al Farabiband, Caliph, Amrain, Huffaz, R-if, Cikgu SIti Hajar dan penyampai-penyampai IKIM fm di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pukul 8.30 malam
  • 14 Feb Karnival Pendidikan Islam 2012 di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah pukul 8.00 malam
  • 16 Feb Konsert Junjungan Mulia di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam pukul 9.00 malam
  • 27 Feb Forum "Kau Tercipa Untukku" di Management and Science University, Shah Alam pukul 8.00 malam

Untuk sebarang tempahan bagi urusan persembahan dan sebagainya boleh lah berhubung dengan wakil kami saudara Razin di talian 016-232 1980 atau email di alamat mestica313@gmail.com

Wednesday, April 13, 2011

Single Mestica Dah Keluar!


Nasyeed.Com kini tampil dengan album kompilasi terbaru berjudul Khazanah Cinta yang menghimpunkan 13 lagu-lagu nasyid terbaik yang bertemakan cinta semesta. Antara artis nasyid yang terlibat dalam album ini ialah Marjan melalui lagu Insan Utama & Damai BersamaMu, Wildan (Setia Seorang Isteri & Wajah Di Hati), Suhaimi (Cahaya Mata & Rona Cinta), Itqan (Untukmu Rasulullah & Srikandi), Algebra ( Yang Benar Tetap Benar) dan Muadz (Kasih Sejarak 2 Jari).


Lebih istimewa lagi album Khazanah Cinta turut memuatkan 2 buah lagu baru iaitu single terbaru daripada kumpulan Mestica berjudul Istikharah dan sebuah lagu daripada bintang nasyid baru iaitu Asyraf berjudul Mungkinkah. Peminat Mestica tentunya telah lama menantikan kemunculan buah tangan terbaru daripada mereka. Istikharah adalah ciptaan Razin Mestica dan liriknya ditulis oleh Mass Mohamad manakala lagu Mungkinkah pula dicipta oleh Shaiful Mestica dan lirik ditulis oleh Ito Lara.


Album ini turut menampilkan kumpulan nasyid yang seringkali mewakili negeri Selangor ke Festival Nasyid Kebangsaan iaitu Kumpulan Rawiyani yang terdiri daripada kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Dalam album ini Rawiyani berduet bersama kumpulan nasyid Hurul Ain melalui lagu yang cukup indah iaitu Sujud Yang Damai. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album Khazanah Cinta terbitan Nasyeed.Com dan edaran Sony Music di pasaran sekarang!

0 comments: