Berikut adalah jadual terkini show dan aktiviti Mestica buat masa ini. Jangan lupa untuk bertemu kami di venue-venue berikut:
9 MacJuri pertandingan Nasyid Nadwah Islamiah IPMA di Kolej MARA Banting pukul 8.30 malam
10 MacMajlis penutupan Minggu Penghayatan Islam Kolej Ke-9 Universiti Malaya pukul 9.00 malam
24 MacRoadshow Anugerah Nasyeed.Com di Village Mall Sungai Petani Kedah pukul 2.00 petang
31 MacKonsert Malam Kesenian Islam bersama Hijjaz dan Mestica di Kuala Langat pukul 8.30 malam
13 AprilMalam Anugerah Nasyeed.Com di Dewan Muktamar Pusat Islam, KL pukul 8.30 malam
12 Mei walimatul arus Nur Sofea di Kg Parit Buaya, Muar, Johor
Untuk sebarang tempahan bagi urusan persembahan dan sebagainya boleh lah berhubung dengan wakil kami saudara Razin di talian 016-232 1980 atau email di alamatmestica313@gmail.com
Khairul mewakili Mestica dalam sidang media Karnival BEST
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) pada 28 hingga 30 Oktober ini untuk memberi contoh kepada para penganjur konsert hiburan di negara ini mengenai tatacara yang harus dipatuhi mengikut ajaran Islam.
Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata, karnival yang akan diadakan di Laman 1Malaysia, Presint 2 di sini itu akan mendedahkan masyarakat mengenai garis panduan yang sepatutnya dipatuhi apabila sesuatu konsert hiburan diadakan.
Melalui karnival tersebut, katanya, Jakim akan mempraktikkan garis panduan mengikut ajaran Islam yang telah diperkenalkan Jakim sejak tahun 2007.
“Matlamat utama kita (Jakim) melalui karnival ini adalah perkongsian ilmu dengan masyarakat.
“Mereka perlu tahu, tidak salah untuk berhibur tetapi biarlah ia dilakukan mengikut cara yang tidak bercanggah dengan hukum agama,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Karnival BEST anjuran Jakim di sini semalam.
Gabungan Penasyid Malaysia atau lebih dikenali
dengan MUNSYID Malaysia yang menaungi lebih 60 artis nasyid dari seluruh
Malaysia telah mencapai kata sepakat untuk menyokong sepenuhnya sekaligus
menyertai Himpunan Sejuta Umat yang akan
diadakan pada 22 Oktober 2011 pukul 2.00 hingga 6.00 petang bertempat di
Stadium Shah Alam.
Himpunan Sejuta Umat yang bertemakan “Selamatkan
Akidah Umat” dianjurkan secara bersama oleh pelbagai NGO dan orang perseorangan
yang mewakili umat Islam di Malaysia. Ia bertujuan untuk menzahirkan
keperihatinan dan kesatuan umat Islam
dalam mendepani usaha-usaha pihak tertentu yang berniat jahat untuk
memurtadkan umat Islam secara terancang.
MUNSYID Malaysia melihat isu ini melangkaui
sempadan latar belakang, umur, taraf sosial mahupun fahaman politik. Namun
semua pihak diseru supaya menangani isu ini secara rasional dan tidak
terpengaruh dengan sentimen dan emosi. Islam adalah agama yang sangat menitik
beratkan keamanan dan keharmonian hubungan sesama manusia sebagaimana yang
dicerminkan oleh akhlak Rasulullah SAW.
Ayuh ke HIMPUN bersama kami
Himpunan Sejuta Umat akan diisi dengan ucapan
daripada tokoh-tokoh umat Islam tempatan yang akan mengupas dan memberi
gambaran yang jelas tentang isu ini. Selain itu, tokoh dari luar negara turut
dijemput menyampaikan ucapan sekaligus berkongsi pengalaman umat Islam negara
mereka dalam menangani isu murtad. Himpunan ini juga akan diserikan dengan
persembahan lagu-lagu berunsur keagamaan dan deklamasi puisi.
Penglibatan MUNSYID Malaysia dalam Himpunan
Sejuta Umat bukan sekadar penyeri program melalui persembahan selingan yang
diadakan semata-mata. MUNSYID Malaysia komited untuk turut sama mempromosikan
himpunan ini melalui saluran media yang ada serta mengembeleng kelab-kelab
peminat nasyid yang mempunyai ribuan ahli di seluruh negara untuk turut sama
menyertai himpunan ini.
Munsyid Malaysia percaya kumpulan-kumpulan
nasyid turut mempunyai pengaruh yang tersendiri sekaligus memberi impak
terhadap masyarakat khususnya dalam menerbitkan kesedaran dan rasa prihatin di
kalangan umat Islam terhadap isu-isu penting sebegini. Kami turut menyeru semua
rakan artis, personaliti tv, penggiat seni dan seluruh umat Islam di Malaysia
untuk bersama hadir dan menyokong Himpunan Sejuta Umat.
Alhamdulillah sekali lagi USIM telah menjemput Mestica untuk membuat persembahan bersempena dengan Malam Memperingati Al Quds pada 25 September 2010 bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Kalau sebelum ini kami bersama Shoutul Harokah dan Daie, kali ini kami bersama Abang Nazrey Johani pula. Jadi jangan ketinggalan untuk bertemu kami nanti. Insya Allah kami akan membawa lagu-lagu terbaru dari kami yang bakal dimasukkan dalam album ke-4. Jumpa di sana!
Saksikan kami bersama Shautul Harokah, Daie, Dr Lim Swee Tin dan Nisah Haron dalam Konsert Demimu AL Aqsa pada 17 Julai ini di Stadium Tertutup Nilai. Insya Allah jika tidak ada aral melintang, kami akan nyanyikan single terbaru kami berjudul Istikharah buat pertama kami di khalayak ramai. So kalau nak dengar lagu tu macam mana, kena la datang. Datang jangan tak datang!
Dikesempatan ini Mestica ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri Minal Aidil Wal Faizin buat semua teman-teman yang terus menyokong kami selama ini. Ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan kami sama ada yang kami sedari mahupun tidak. Kami doakan anda semua berbahagia di hari lebaran ini.
Bagi yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalanraya dan memandulah dengan cermat. Biar lambat asal selamat. Nantikan kemunculan single terbaru kami berjudul Kasih yang akan mula menemui anda selepas Idulfitri ini insya allah.
Jumaat ini Mestica akan menjadi artis undangan rancangan Selamat Pagi Malaysia yang akan disiarkan secara live di RTM 1. Mestica sebenarnya dalam rangka promosi album Seri Aidilfitri yang akan mula berada di pasaran hujung minggu ini. Dalam album tersebut Mestica telah berkoloborasi bersama Rabbani, Muadz, Sofieya, Algebra, Amrain dan Itqan dalam satu lagu raya terbaru. Lagu berjudul Seri Aidilfitri ini juga merupakan lagu terakhir yang dirakamkan oleh Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Malah pengambaran videoklip lagu tersebut juga dijalankan seminggu sebelum beliau kembali ke rahmatullah. Insya Allah video klip tersebut akan turut menemui anda di kaca-kaca tv menjelang hari raya nanti.
Mestica juga akan memperdengarkan single terbaru kami berjudul Kasih buat pertama kalinya pada khalayak umum. Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Dakmie dan proses ralaman dibuat sepenuhnya di studio Nasyeed.Com. Jadi jangan lupa temujanji kita jumaat ini ye! Biasanya artis jempuan untuk SPM akan muncul 2 kali. Yang pertama dalam pukul 8.00 dan kali kedua di penghujung rancangan. Saksikan kami nanti!