EDARAN
MEDIA
MUNSYID MALAYSIA
SERTAI HIMPUN
Gabungan Penasyid Malaysia atau lebih dikenali
dengan MUNSYID Malaysia yang menaungi lebih 60 artis nasyid dari seluruh
Malaysia telah mencapai kata sepakat untuk menyokong sepenuhnya sekaligus
menyertai Himpunan Sejuta Umat yang akan
diadakan pada 22 Oktober 2011 pukul 2.00 hingga 6.00 petang bertempat di
Stadium Shah Alam.
Himpunan Sejuta Umat yang bertemakan “Selamatkan
Akidah Umat” dianjurkan secara bersama oleh pelbagai NGO dan orang perseorangan
yang mewakili umat Islam di Malaysia. Ia bertujuan untuk menzahirkan
keperihatinan dan kesatuan umat Islam
dalam mendepani usaha-usaha pihak tertentu yang berniat jahat untuk
memurtadkan umat Islam secara terancang.
MUNSYID Malaysia melihat isu ini melangkaui
sempadan latar belakang, umur, taraf sosial mahupun fahaman politik. Namun
semua pihak diseru supaya menangani isu ini secara rasional dan tidak
terpengaruh dengan sentimen dan emosi. Islam adalah agama yang sangat menitik
beratkan keamanan dan keharmonian hubungan sesama manusia sebagaimana yang
dicerminkan oleh akhlak Rasulullah SAW.
Ayuh ke HIMPUN bersama kami
Himpunan Sejuta Umat akan diisi dengan ucapan daripada tokoh-tokoh umat Islam tempatan yang akan mengupas dan memberi gambaran yang jelas tentang isu ini. Selain itu, tokoh dari luar negara turut dijemput menyampaikan ucapan sekaligus berkongsi pengalaman umat Islam negara mereka dalam menangani isu murtad. Himpunan ini juga akan diserikan dengan persembahan lagu-lagu berunsur keagamaan dan deklamasi puisi.
Penglibatan MUNSYID Malaysia dalam Himpunan
Sejuta Umat bukan sekadar penyeri program melalui persembahan selingan yang
diadakan semata-mata. MUNSYID Malaysia komited untuk turut sama mempromosikan
himpunan ini melalui saluran media yang ada serta mengembeleng kelab-kelab
peminat nasyid yang mempunyai ribuan ahli di seluruh negara untuk turut sama
menyertai himpunan ini.
Munsyid Malaysia percaya kumpulan-kumpulan
nasyid turut mempunyai pengaruh yang tersendiri sekaligus memberi impak
terhadap masyarakat khususnya dalam menerbitkan kesedaran dan rasa prihatin di
kalangan umat Islam terhadap isu-isu penting sebegini. Kami turut menyeru semua
rakan artis, personaliti tv, penggiat seni dan seluruh umat Islam di Malaysia
untuk bersama hadir dan menyokong Himpunan Sejuta Umat.
No comments:
Post a Comment