Bukan senang nak buat lagu jadi best tau..
6 Mac lepas, kami telah meneruskan rakaman album ke-4 dengan merakamkan lagu yang berjudul Istikharah di studio Nasyeed.Com Shah Alam. Lagu hasil ciptaan Jogho dan lirik oleh Mass Mohamad ini merupakan lagu kedua yang dirakamkan selepas Kasih ciptaan sepenuhnya Dakmie. Proses rakaman album ke-4 ini mungkin memakan masa yang lebih kerana kami hanya dapat masuk ke studio pada hujung minggu. Dengan Khalil yang bekerja di JB dan Epul, Kerol dan Razin pula punya komitmen kerja yang padat maka kami hanya dapat memanfaatkan waktu hujung minggu dan cuti umum.
"Lama sangatlah diorang recording baik layan facebook jap.." (agaknya itulah kata lyricist lagu kami, Mass yang turut turun bagi support)
Tapi takpelah, itu adalah cabaran yang perlu kami hadapi demi menyiapkan naskah terbaru karya kami untuk sajian halwa telinga teman-teman yang tidak jemu-jemu menyokong kami selama ini. Hmm..proses rakaman alhamdulillah berjalan lancar dengan bantuan King Algebra sebagai sound engineer di sebalik keletihan masing-masing. Rakaman lagu Istikharah sudah hampir 80 peratus siap. Untuk sessi akan datang kami akan lebih fokus kepada add lips dan juga tambahan untuk backing vocal. Insya Allah lagu ini juga akan mendapat sentuhan tiupan seruling oleh Bro Mohar daripada kumpulan Mohram.
No comments:
Post a Comment