Sila Klik Di Sini

AKTIVITI MESTICA

Berikut adalah jadual terkini show dan aktiviti Mestica buat masa ini. Jangan lupa untuk bertemu kami di venue-venue berikut:

  • 9 Mac Juri pertandingan Nasyid Nadwah Islamiah IPMA di Kolej MARA Banting pukul 8.30 malam
  • 10 Mac Majlis penutupan Minggu Penghayatan Islam Kolej Ke-9 Universiti Malaya pukul 9.00 malam
  • 24 Mac Roadshow Anugerah Nasyeed.Com di Village Mall Sungai Petani Kedah pukul 2.00 petang
  • 31 Mac Konsert Malam Kesenian Islam bersama Hijjaz dan Mestica di Kuala Langat pukul 8.30 malam
  • 13 April Malam Anugerah Nasyeed.Com di Dewan Muktamar Pusat Islam, KL pukul 8.30 malam
  • 12 Mei walimatul arus Nur Sofea di Kg Parit Buaya, Muar, Johor

Untuk sebarang tempahan bagi urusan persembahan dan sebagainya boleh lah berhubung dengan wakil kami saudara Razin di talian 016-232 1980 atau email di alamatmestica313@gmail.com

Saturday, February 11, 2012

Salam Maulidurrasul

Sudah terlalu lama rasanya blog ini tidak diupdate. Sebenarnya banyak cerita yang ingin dikongsikan namun kesibukan pihak admin menyebabkan  blog ni dah mula bersawang. Namun alhamdulillah kami akan tetap cuba menyalurkan maklumat dan informasi terkini berkenaan dengan Mestica. Semasa buat posting ni, kami sebenarnya tengah buat preparation terakhir untuk program Mawlid@ Shah Alam yang akan berlangsung pada malam ini. Program anjuran Nasyeed.Com ini turut mendapat sokongan padu IKIM fm sebagai penganjur bersama. Malah penyampai-penyampai IKIM fm juga akan turut membuat persembahan istimewa pada malam ini..So sesiapa yang free malam ni jangan lupa untuk bersama kami malam ini.. jumpa di sana!



Saturday, October 22, 2011

Selamatkan Akidah Umat

Dengarkan lagu tema Himpunan Sejuta Umat yang dicipta oleh Abang Isman Hijjaz dan lirik oleh Atie & Munsyid.. Rakaman audio dan video klip yang hanya memakan masa 3 hari untuk disiapkan..Terima kasih kepada semua Munsyid yang komited dan memberi kerjasama padu. Dengarkan hadiah kami untuk anda semua.Ayuh kita ke HIMPUN untuk menzahirkan keprihatinan kita!


Wednesday, October 19, 2011

Mestica di Karnival BEST


Khairul mewakili Mestica dalam sidang media Karnival BEST

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan karnival Buat Elok Saja Tau (BEST) pada 28 hingga 30 Oktober ini untuk memberi contoh kepada para penganjur konsert hiburan di negara ini mengenai tatacara yang harus dipatuhi mengikut ajaran Islam.


Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata, karnival yang akan diadakan di Laman 1Malaysia, Presint 2 di sini itu akan mendedahkan masyarakat mengenai garis panduan yang sepatutnya dipatuhi apabila sesuatu konsert hiburan diadakan.

Melalui karnival tersebut, katanya, Jakim akan mempraktikkan garis panduan mengikut ajaran Islam yang telah diperkenalkan Jakim sejak tahun 2007.

“Matlamat utama kita (Jakim) melalui karnival ini adalah perkongsian ilmu dengan masyarakat.
“Mereka perlu tahu, tidak salah untuk berhibur tetapi biarlah ia dilakukan mengikut cara yang tidak bercanggah dengan hukum agama,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Karnival BEST anjuran Jakim di sini semalam.
- sumber : KOSMO -

Ayuh Kita ke HIMPUN!



EDARAN MEDIA

MUNSYID MALAYSIA SERTAI HIMPUN

Gabungan Penasyid Malaysia atau lebih dikenali dengan MUNSYID Malaysia yang menaungi lebih 60 artis nasyid dari seluruh Malaysia telah mencapai kata sepakat untuk menyokong sepenuhnya sekaligus menyertai Himpunan Sejuta Umat  yang akan diadakan pada 22 Oktober 2011 pukul 2.00 hingga 6.00 petang bertempat di Stadium Shah Alam.

Himpunan Sejuta Umat yang bertemakan “Selamatkan Akidah Umat” dianjurkan secara bersama oleh pelbagai NGO dan orang perseorangan yang mewakili umat Islam di Malaysia. Ia bertujuan untuk menzahirkan keperihatinan dan kesatuan umat Islam  dalam mendepani usaha-usaha pihak tertentu yang berniat jahat untuk memurtadkan umat Islam secara terancang.

MUNSYID Malaysia melihat isu ini melangkaui sempadan latar belakang, umur, taraf sosial mahupun fahaman politik. Namun semua pihak diseru supaya menangani isu ini secara rasional dan tidak terpengaruh dengan sentimen dan emosi. Islam adalah agama yang sangat menitik beratkan keamanan dan keharmonian hubungan sesama manusia sebagaimana yang dicerminkan oleh akhlak Rasulullah SAW.



Ayuh ke HIMPUN bersama kami


Himpunan Sejuta Umat akan diisi dengan ucapan daripada tokoh-tokoh umat Islam tempatan yang akan mengupas dan memberi gambaran yang jelas tentang isu ini. Selain itu, tokoh dari luar negara turut dijemput menyampaikan ucapan sekaligus berkongsi pengalaman umat Islam negara mereka dalam menangani isu murtad. Himpunan ini juga akan diserikan dengan persembahan lagu-lagu berunsur keagamaan dan deklamasi puisi.

Penglibatan MUNSYID Malaysia dalam Himpunan Sejuta Umat bukan sekadar penyeri program melalui persembahan selingan yang diadakan semata-mata. MUNSYID Malaysia komited untuk turut sama mempromosikan himpunan ini melalui saluran media yang ada serta mengembeleng kelab-kelab peminat nasyid yang mempunyai ribuan ahli di seluruh negara untuk turut sama menyertai himpunan ini.

Munsyid Malaysia percaya kumpulan-kumpulan nasyid turut mempunyai pengaruh yang tersendiri sekaligus memberi impak terhadap masyarakat khususnya dalam menerbitkan kesedaran dan rasa prihatin di kalangan umat Islam terhadap isu-isu penting sebegini. Kami turut menyeru semua rakan artis, personaliti tv, penggiat seni dan seluruh umat Islam di Malaysia untuk bersama hadir dan menyokong Himpunan Sejuta Umat.

Thursday, September 22, 2011

Berbuka Puasa Bersama UFM

Sebelum cuti raya tempohari, kami sempat bersama memenuhi jemputan pihak Radio UFM  untuk hadir di Majlis Berbuka Puasa anjuran mereka bertempat di Dewan Annex UiTM Shah Alam. Selain daripada Mestica, ramai juga artis tempatan yang hadir seperti Afad Raihan, Ali XPDC, Danny X-Factor, Hazama dan ramai lagi. Turut diraikan adalah anak-anak yatim daripada rumah kebajikan yang dijemput khas.

Sebahagian warga kerja UFM

Program ini dikhabarkan dijalankan pada setiap tahun dan kali ini mendapat sokongan penuh daripada Kelab Putra 1 Malaysia yang dipimpin oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim terbabit. Beliau juga turut mengumumkan tentang misi Kelab Putra 1 Malaysia yang bakal berangkat ke Somalia untuk membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara itu. Misi inilah yang kemudiaannya ditimpa tragedi apabila seorang daripada ahli rombongan yang juga jurukamera Bernama TV meninggal dunia dalam insiden tembakan di Mogadishu. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, Al fatihah..

Bergambar bersama rakan artis sebelum pulang