Sila Klik Di Sini

AKTIVITI MESTICA

Berikut adalah jadual terkini show dan aktiviti Mestica buat masa ini. Jangan lupa untuk bertemu kami di venue-venue berikut:

  • 9 Mac Juri pertandingan Nasyid Nadwah Islamiah IPMA di Kolej MARA Banting pukul 8.30 malam
  • 10 Mac Majlis penutupan Minggu Penghayatan Islam Kolej Ke-9 Universiti Malaya pukul 9.00 malam
  • 24 Mac Roadshow Anugerah Nasyeed.Com di Village Mall Sungai Petani Kedah pukul 2.00 petang
  • 31 Mac Konsert Malam Kesenian Islam bersama Hijjaz dan Mestica di Kuala Langat pukul 8.30 malam
  • 13 April Malam Anugerah Nasyeed.Com di Dewan Muktamar Pusat Islam, KL pukul 8.30 malam
  • 12 Mei walimatul arus Nur Sofea di Kg Parit Buaya, Muar, Johor

Untuk sebarang tempahan bagi urusan persembahan dan sebagainya boleh lah berhubung dengan wakil kami saudara Razin di talian 016-232 1980 atau email di alamatmestica313@gmail.com

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Idulfitri

Mestica dengan ini mengucapkan selamat hari raya idulfitri maaf zahir batin buat seluruh umat Islam khususnya kepada para rakan-rakan yang tidak putus-putus menyokong perjuangan kami selama ini. Tidak dilupakan juga buat keluarga kami yang sangat memahami dan juga buat semua pejuang-pejuang nasyid dan kesenian Islam. Semoga kita semua terus istiqamah memperjuangkan hiburan yang mendidik jiwa. Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Jangan pandu laju-laju, ingatlah yang dirindu! Selamat Hari Raya!

Selamat Datang

Selamat datang dan ahlan wasahlan diucapkan kepada semua yang sudi menjenguk kami di sini. Blog ini diwujudkan untuk memudahkan rakan-rakan di luar sana untuk berhubung dengan kami dengan secara terus dan mendapatkan maklumat terkini berkenaan aktiviti dan perkembangan terbaru Mestica. Semoga blog ini memberi manfaat kepada Mestica dan semua yang melayarinya. Sekian.